Tuesday, 29 March 2016

Konsep Ummah

Isi Kandungan
1.0 Pendahuluan                                                                                                                     
2.0 Pernyataan Masalah                                                                                                          
3.0 Strategi Penilaian                                                                                                              
4.0 Maklum Balas Responden                                                                                                
5.0 Kejayaan dan Keberkesanan Projek dalam Kalangan Responden                                   
6.0 Cadangan Penambahbaikan
      6.1 Cadangan Penambaikan Projek                                                                                 
      6.2 Rangkuman Permasalahan Projek                                                                              
7.0 Penutup                                                                                                                            
Lampiran                                                                                                                                


 1.0 PENDAHULUAN
      Solat subuh berjemaah merupakan salah satu solat yang amat sukar untuk dilaksanakan oleh setiap pelajar mahupun golongan yang lain. Hal ini demikan kerana solat ini memerlukan pergorbanan yang tinggi dalam melawan hawa nafsu tidur dan syaitan yang sentiasa mengganggu ketika mengamalkan solat. Namun begitu, solat fardhu lain juga tidak boleh diambil ringan memandangkan ia juga merupakan tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh setiap muslim. Justeru itu, pengkaji lebih memilih solat subuh memandangkan ia amat sukar untuk dilaksanakan oleh setiap manusia. Solat subuh yang mampu memberikan kekuatan fizikal dan mental terhadap sesiapa yang melaksanakannya memandangkan ia merupakan solat fardhu utama selepas kita berehat pada malam hari. Di samping itu, Solat subuh berjemaah juga dapat melambangkan keperibadiaan seseorang dalam menjadi seorang yang beriman dan solat subuh juga mampu memberikan rahmat dari segi perlindungan dari allah swt. Keterangan ini juga lebih dijelaskan oleh sabda Nabi Muhammad iaitu:

عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من صلى الصبح فهو في ذمة الله رواه مسلم
.
Rasulullah SAW bersabda: ”Orang yang melakukan shalat shubuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. (HR Muslim)
      Bertitik tolak daripada perkara di atas pengkaji telah memutuskan untuk melakukan perubahan dari segi masalah solat subuh berjemaah dalam kalangan pelajar Uitm Puncak Alam. Tugasan kerja yang banyak dan juga tidur hingga lewat malam menjadikan alasan untuk melaksanakan solat subuh berjemaah. Oleh sebab itu, pengkaji melihatnya sebagai masalah yang perlu diselesaikan dan diubah corak pemikiran mereka memandangkan mereka merupakan golongan yang mampu menggoncang dunia. Kajian ini yang meliputi 10 orang responden dalam kalangan pelajar lelaki Uitm Puncak Alam. Kajian ini yang dijalankan pada waktu subuh di Surau Fspu dalam masa beberapa hari bagi memeberikan impak yang positif kepada responden dan juga pengkaji.


2.0 PERNYATAAN MASALAH
1) Kajian ini dijalankan bagi membantu dalam memastikan pelajar universiti dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab.
2) Kajian ini juga dilaksanakan bagi menabahkan ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar Universti mengenai kelebihan solat subuh berjemaah.
3) Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan amal dalam kalangan pelajar Universiti dan dapat menedekatkan diri kepada allah.

3.0 STRATEGI PENILAIAN
     
   Selama projek ini dijalankan terdapat 3 cara stratergi penilaian yang dijalankan. Strategi pertama ialah melakukan penelitian terhadap responden selama seminggu. Kedua menggunakan borang menunaikan solat subuh bagi mengkaji tahap kerjasama dan istiqamah responden dalam menjalankan solat subuh berjemaah. Ketiga melakukan rakaman video atau gambar sebagai bukti projek dilaksanakan.

a) Penilitian Selama Selama Seminggu
      Penilitian ini dijalankan kepada 10 orang responden yang terdiri daripada pelajar Uitm Kampus Puncak Alam. Penilitian ini dijalankan bagi membantu dari segi aspek peraturan atau disiplin yang perlu dilaksanakan oleh responden itu sendiri. Selain itu, responden dikehendaki mengikuti jadual yang ditetapkan bagi memastikan responden lebih berdisiplin.

b) Borang Soal Selidik
      Borang ini yang diedarkan kepada respon bagi memastikan mereka menilai tahap istiqamah mereka dalam melaksanakan projek ini. Sekali gus dapat memberikan manfaat kepada semua responden yang terlibat.

c) Rakaman Video
      Rakaman ini dijalankan bagi memastikan projek yang dilaksanakan berjalan dengan lancar. Rakaman yang berdurasi 4-5 minit dapat memaparkan aktiviti yang dilaksanakan terhadap responden. Hal ini secara tidak langsung dapat menjayakan projek ini.

4.0     MAKLUM BALAS RESPONDEN
      Berdasarkan projek yang tersebut, penilaian responden di jalankan melalui dua teknik iaitu borang kehadiran dan temubual bersama responden.  Kehadiran setiap peserta dicatat dari masa ke semasa sepanjang tempoh projek ini dijalankan iaitu selama 30 hari berturut-turut. Melalui borang kehadiran tersebut, tahap konsistensi peserta dapat dinilai melalui penglibatan mereka dalam projek tersebut. Berdasarkan borang kehadiran tersebut, dapat dilihat bahawa penglibatan peserta kian meningkat dari masa ke semasa sepanjang tempoh projek tersebut dijalankan. Walaupun, ada di antara peserta yang kurang memberi komitment pada awal penglibatan, namun perestasi tersebut semakin baik menjelang dua minggu terakhir projek tersebut.
      Hal ini dapat dilihat sebagai suatu perubahan yang meningkat dalam diri peserta tersebut. Selain itu, penambahan bilangan jemaah ketika solat subuh juga dapat dilihat kian bertambah. Ini merupakan suatu pencapaian yang membanggakan kerana setiap peserta diberi tanggungjawab untuk mengajak rakan-rakan lain supaya turut sama hadir berjemaah ketika waktu subuh.   Sepanjang perjalanan projek ini, para peserta memberi respond yang sangat positif. Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa semenjak mengikuti program ‘subuh worrior’ ini, mereka lebih konsisten dalam menunaikan fardhu subuh tepat pada masanya dan akan tersedar dengan sendiri setiap kali masuk waktu subuh. Ini adalah disebabkan para peserta telah membiasakan diri dengan bangun pagi pada setiap hari.

Gambar 1.0: Antara Peserta Yang Bergegas Ke Surau Kolej Zamrud Bagi Menunaikan Solat Fardhu Subuh Berjemaah.
      Selain daripada itu, peserta juga mengatakan bahawa mereka mendapat peluang untuk mengenali lebih ramai kawan-kawan baru dari pelbagai kursus yang berbeza sepanjang mengikuti program ini. Dengan ini, program ini dilihat bukan sahaja dapat mendidik peserta agar menjadi lebih tekun dalam beribadat, malah dapat membuka peluang mengenali lebih ramai kawan baru sekaligus dapat mengeratkan hubungan ukwah sesama ummah. Sepanjang tempoh perjalanan projek ‘subuh worrior’ ini secara keseluruhannya para peserta dilihat semakin bartambah baik dalam beribadah malah mereka juga berpeluang untuk mempelajari hal-hal lain dalam beribadat seperti berpeluang menjadi imam ketika waktu subuh. Hal ini dapat menambahkan lagi nilai-nilai kecintaan peserta terhadap amal ibadat seharian.
Gambar2.0: Responden Pulang dari Surau
      Oleh hal yang demikian, diharap semua para peserta dapat meneruskan istiqhomah di dalam menunaikan solat fardhu subuh secara berjemaah walaupun selepas tamat program ini secara sukarela. Sekiranya perkara itu berlaku, ini bermakna program ‘subuh worrior’ yang dijalankan benar memberi impak positif terhadap pembangunan mental dan interlektual ummah. Jelaslah bahawa program seumpama ini sangat baik bagi membina jati diri seorang pelajar dalam menangani masalah solat subuh berjemaah. Adalah amat perlu bagi setiap program seperti ini diperluaskan bagi menimbulkan kesedaran pelajar mahupun sekalian ummah tentang pentingnya komitmen dalam menunaikan solat fardhu subuh secara berjemaah. Lebih banyak pendedahan berkenaan program seperti ini dijalankan bagi menimbulkan kesedaran kepada pelajar dan sekalian umat islam mengenai cara mengatasi masalah bangun lewat dan terlajak subuh yang sering berlaku dalam kalangan pelajar asrama khususnya.
Gambar 3.0: Waktu Solat Subuh Dijalankan

 5.0 KEJAYAAN DAN KEBERKESANAN PROJEK DALAM KALANGAN RESPONDEN
      Pelaksanaan program kesedaran solat subur berjemaah adalah untuk memupuk semangat mementingkan dan memelihara ibadah di kalangan pelajar. Nama program ini adalah program “Subur Warrior”. Program ini telah dijalankan selama sebulan bermula 1 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016. Seramai 10 orang pelajar telah terlibat dalam program ini. Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelbagai jurusan dan 2 buah fakulti. Fakulti yang terlibat ialah fakulti senibina, perancangan dan ukur (FSPU) dan Fakulti senicipta dan senireka (FSSR). Jurusan yang terlibat pula merangkumi jurusan Sarjana muda perancangan bandar dan wilayah, dan sarjana muda seni grafik. Lokasi pelaksanaan program ini adalah bertempat di Surau Kolej Zamrud, Kompleks Alam Bina, UiTM Kampus Puncak Alam.
      Program ini dilaksanakan dengan matlamat mewujudkan dan membudayakan sikap turun solat berjemaah. Perkara ini adalah penting kerana nilai kasih sayang sesama muslim dan semangat kerjasama dapat dipupuk melalui solat subuh berjemaah. Dengan menjadikan solat subuh berjemaah sebagai satu budaya di Kolej penempatan pelajar seperti kolej zamrud, ianya secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama pelajar. Iannya juga menggalakkan pelajar mengenali antara satu sama lain dan saling bertegur sapa. Pemupukan budaya seperti ini adalah selari dengan semangat perpaduan yang ingin diterapkan dengan pembelajaran subjek CTU 555 Malaysia History.
      Sepanjang tempoh program ini berlangsung, pelajar yang terlibat telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan program ini terlaksana dengan jaya. Program ini telah berjaya mendidik 10 orang pelajar berkenaan tentang kepentingan solat subuh berjemaah dan memastikan mereka tetap konsisten dalam melaksanakan ibadah ini walaupun apabila program ini sudah berakhir kelak. Pelajar yang terlibat juga telah melihatkan peningkatan dan kekerapan untuk turun solat subuh berjemaah dengan usaha dan kerjasama rakan-rakan yang sama-sama terlibat dalam program ini.

      Setiap seorang pelajar telah diberikan tanggungjawab untuk saling mengajak rakan-rakan untuk turun solat subuh berjemaah. Setiap pelajar telah diberikan tugasan untuk bertugas mengejut rakan-rakan turun solat berjemaah mengikut jadual giliran yang telah ditetapkan. Kejayaan program ini juga dapat dilihat dengan terdapatnya penambahan bilangan pelajar yang ingin turut serta mengikuti program ini. Program ini juga dapat diukur kejayaannya dengan jumlah rakan-rakan baru yang dapat dikenali oleh peserta program.

      Peserta dilihat dapat mengenali rakan-rakan mereka dengan lebih rapat semasa interaksi solat subuh berjemaah. Secara keseluruhannya program ini adalah berjaya dan berkesan. Dari segi keberkesanan, program-program seperti ini dilihat amat berkesan dalam mendidik pelajar dan mahasiswa dalam mementingkan solat subuh berjemaah. Budaya hidup di universiti dan kekangan masa sering kali menjadikan pelajar lalai dan terlupa tentang kepentingan solat subuh berjemaah. Program kesedaran seperti ini dapat mengingatkan dan memupuk keinsafan di dalam hati di kalangan pelajar. Semangat ukwah dan perpaduan ummah juga dapat diterapkan secara tidak langsung dengan pelaksanaan program-program seperti ini.

      Keberkesanan program ini juga dapat diukur dengan jumlah bilangan kehadiran pelajar solat subuh berjemaah dalam satu tempoh masa. Program ini adalah berkesan kerana telah dapat menarik dan meningkatkan bilangan pelajar yang turun solat berjemaah. Jumlah bilangan kehadiran pelajar dapat disemak melalui borang kehadiran yang telah di rekodkan dari awal pelaksanaan program hingga akhir program. Masalah yang dihadapi sepanjang pelaksanaan program ini adalah hanya dari segi pembiayaan kos dan kewangan. Untuk penambahbaikan di masa hadapan adalah lebih baik jika program-program seperti ini mendapat peruntukan dana daripada pihak Universiti. Melalui peruntukan dana insentif-insentif tambahan seperti pemberian kupon makanan percuma, kupon wifi percuma, pemberian alat tulis dan lain-lain yang dapat dijadikan faktor pendorong untuk pelajar turun solat berjemaah.

 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK
6.1 Cadangan penambahbaikan projek

1) Menyediakan jam loceng bagi memudahkan responden bangun menunaikan waktu solat subuh.
      Perkara ini yang dapat membantu aspek dalam membantu para pelajar dalam bangun pada waktu pagi memandangkan pelajar agak sukar dalam bangun pada awal pagi terutama pada waktu subuh. Jam lonceng juga perlulah diset pada waktu sebelum waktu subuh agar responden dapat bangun awal dan bersiap sedia untuk ke surau.

2) Menggunakan sistem mengejutkan bagi menunaikan solat subuh secara bergilir-gilir.
      Rakan sebilik mempunyai peranan yang amat penting dalam membantu para pelajar dalam bangun pada awal pagi. Sistem membantu dalam mengejutkan para pelajar yang lain secara tidak lansung dapat membantu para pelajar yang lain dalam bangun awal pada waktu pagi memandangkan ia amat sukar untuk dilakukan.

3) Menawarkan hadiah yang lebih agar mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
      Penawaran hadiah ini bukan sahaja berbentuk fizikal tetapi adalah bebentuk ucapan dan nasihat agar dapat membantu para pelajar dalam menaikan semangat mereka. Hal ini secara tidak lansung dapat membantu para pelajar tersebut agar dapat beristiqamah dalam melaksanakan ibadah kepada allah taala. Oleh sebab itu, ia amat penting untuk ditekankan oleh setiap pelajar agar dapat menjayakan program ini.

6.2 Rangkuman permasalahan projek

i) Sesetengah responden tidak memberikan kerjasama seperti melambatkan waktu menunaikan solat subuh.
      Sesetengah pelajar tidak dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan program ini. Hal ini menyebabkan pengkaji sukar dalam menilai tahap pencapaian seseorang responden dalam masa seminggu. Oleh sebab itu, perkara ini diselesaikan dengan mengejut dan juga memohon bantuan daripada rakan yang lain dalam memberikan kerjasama kepada pengkaji.

ii) Responden sukar untuk bangun pada waktu yang ditetapkan.
      Waktu subuh yang bertukar waktu daripada semasa ke semasa menyebabkan sesetengah responden sukar untuk bangun pada waktu yang ditetapkan oleh pengkaji. Waktu ini ditetapakan oleh pengkaji dalam memastikan kejayaan projek ini. Oleh sebab itu, pengkaji mengambil tindakan dengan mengejut responden yang sukar untuk bangun pada waktu yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

iii) Kekurangan Jemaah di Surau
      Kekurangan Jemaah yang kurang di surau menyebabkan sukar dalam menjayakan program ini memandangkan ramai pelajar belum bangun dari tidur. Kurangnya Jemaah di surau menyebabkan sesetengah responden mengambil tidakan untuk solat di bilik berbanding di surau. Hal ini menyebabkan pengkaji sukar untuk menjayakan program ini. Oleh sebab itu, pengkaji cuba menjayakan projek ini dengan mengejutkan rakan-rakan yang lain selain daripada responden agar dapat membantu dalam menjayakan projek ini.

 7.0 PENUTUP
      Konklusinya, Solat subuh berjemaah merupakan solat yang amat penting untuk dilaksanakan oleh umat islam. Walaubagaimanapun, Solat-solat fardhu yang lain juga perlu diambil perhatian yang serius memandangkan ia juga merupakan kewajiban bagi setiap muslim. Solat subuh berjemaah yang mamu mengubah disiplin dalam kalangan pelajar kea rah lebih baik menjadikan ia sebagai satu wadah yang amat penting dalam mengukuhkan kekuatan rohani dalam kalangan umat islam yang ketandusan iman. Oleh sebab itu, usaha murni ini perlu dijalankan dengan lebih kerap memandangkan wadah berdakwah dalam kalangan muslim merupakan kewajipan kita sebagai umat islam.
      Keterampilan Rasulallah yang sering ke masjid sehinggalah ia wafat menjadikan baginda sebagai role model terbaik dalam kalangan setiap peringkat umur memandangkan baginda juga merupakan seorang manusia yang mempunyai nafsu dan kehendak. Jalan yang dibawakan oleh baginda mampu memberikan kita ketenangan memandangkan ia sebagai langkah untuk mencari keredhaan dari allah SWT. Secara total, Kajian dan dakwah ini harus dilakukan secara istiqamah bagi memastikan umat islamm mampu mendepani cabaran arus global yang kian menghayut kita semua ke lembah maksiat dan api neraka.










No comments:

Post a Comment