Thursday, 5 May 2016

Malayan Union, Ketinggian Perlembagaan, Bagaimana Perlembagaan Diubah 22/4/2016 (Nazrin 2013659464)

Malayan Union 

Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya. Rasional untuk pembentukan Malayan Union. Seawal 1942, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan Diketuai oleh Mejar-General Ralph Hone. Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat. Akhirnya selepas semua perbincangan berlaku maka cadangan untuk mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, Pulau Pinang, dan Melaka menjadi Malayan Uniondiusulkan, sedangkan Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan.

Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah jajahan yang berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan tersebut. Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar. Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh. Namun begitu tujuan utama British mengecualikan penyertaan Singapura kedalam Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura, kedudukan strategik Singapura sebagai pelabuhan utama dan pelbagai lagi faktor yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk mengekalkan Singapura sebagai kononnya Tanah jajahan London.

Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British telah pun menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain 'Merdeka', Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu Sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui pembentukan Malayan Union.

Kenapa Melayu Menentang

Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanya bersikap lemah lembut dan sering boleh di arah untuk melakukan itu dan ini telah bangun bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu. Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Pemimpin-pemimpin Melayu dan pesara-pesara British daripada Perkhidmatan Awam di Tanah Melayu telah mengetuai bidasan terhadap rancangan Malayan Union, dan membidas MacMichael kerana menggunakan 'ugutan' untuk memperolehi persetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Pegawai-pegawai ini bertindak meLobi Tanah Melayu di Parlimen antara bekas pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang mengambil bahagian adalah Frank Swettenham. Mereka turut menulis surat-surat kepada akhbar nasional dan untuk merayu kepada Perdana Menteri United Kingdom agar menghentikan usaha menukar status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan. Kegiatan seumpama ini mewujudkan tanggapan bahawa terdapat tentangan yang hebat terhadap Malayan Union bukan sahaja daripada penduduk Tanah Melayu malahan daripada pegawai dalaman British sendiri.

Sultan-sultan Tanah Melayu juga telah terpengaruh oleh perasaan anti Malayan Union yang dianjurkan oleh pegawai-pegawai Melayu dan rakyat Melayu. ini mengheret baginda sultan untuk membantah secara terbuka terhadap cara yang digunakan oleh MacMichael untuk memperoleh tandatangan baginda-baginda untuk perjanjian baru itu. Sultan-sultan tersebut menolak rancangan Malayan Union dan cadangan untuk menghantar sutu perwakilan ke London untuk memansuhkan rancangan itu telah disuarakan. Bagaimanapun, sudut pandangan orang Melayu disampaikan dengan lebih berkesan selepas penubuhan UMNO atau PEKEMBAR yang telah muncul untuk menyuarakan bantahan Melayu terhadap Malayan Union.

Pihak British sangat terperanjat dengan perubahan sikap masyarakat Melayu. Selepas pendudukan Jepun orang-orang Melayu telah sedar bahawa pihak British tidaklah sekuat yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdeka yang bertiup kencang dari tanah seberang (Indonesia). Di atas kesedaran inilah Orang-orang Melayu telah bangun bersama-sama untuk menentang cadangan pihak British. Tindakan yang kemas telah dilancarkan melalui UMNO. Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak bersatu telah bangun bersama-sama, malahan sultan-sultan negeri-negeri Melayu juga turut bersama-sama bergabung dengan rakyat Melayu untuk menentang Malayan Union. Satu perkara yang tidak pernah terjadi di Tanah Melayu sebelumnya.


Perjuangan orang-orang Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja, orang Melayu turut mengadakan ceramah-ceramah umum di seluruh semenanjung untuk menyedarkan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Selepas menerima tekanan yang begitu kuat, pihak British yang masih ingin meneruskan Malayan Union mencadangkan satu jawatankuasa dihantar untuk melihat reaksi masyarakat Melayu. Ahli jawatankuasa tersebut telah terkejut melihat reaksi yang amat kuat dari orang melayu untuk menghentikan Malayan Union. di mana sahaja mereka pergi pasti disambut dengan ribuan umat melayu dengan slogan-slogan anti Malayan Union. Malahan mereka dan Gabenor Malayan Union ketika itu turut bersimpati dengan orang-orang Melayu. Pada akhir lawatan tersebut, ahli jawatankuasa terbabit telah mengambarkan sesuatu yang positif di dalam ucapan mereka. Ramai orang melayu dan UMNO sendiri yakin bahawa Malayan Union akan berkubur. 

Kontrak sosial

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Kebanyakkan orang Melayu, majoritinya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Syarat-syarat kontrak sosial

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak."

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi". Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Perlu diingatkan bahawa hak-hak istimewa orang-orang bukan Bumiputera juga telah diberikan apabila negara mendapat kemerdekaan, antaranya penubuhan sekolah-sekolah vernakular seperti sekolah cina dan tamil. Hak-hak ini juga bersifat sementara apabila di dalam Perlembagaan, iaiya mesti dimansuhkan 10 tahun selepas merdeka. Walaubagaimanapun, ianya sudah termaktub di dalam Akta Pelajaran 1996 bilamana kewujudan sekolah-sekolah vernakular dibenarkan untuk diteruskan.

Justeru, kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu."

Konsep ketertinggian perlembagaan

Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi. Menjadi punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan. Undang-undang tersebut akan terbatal jika bercanggah dengan perlembagaan. Membantu kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dengan licin. Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen. Walaupun YDPA merupan ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan. Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi. Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara. Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu.

Fungsi Perlembagaan

Menentukan corak pemerintahan negara dan hak-hak rakyat. Menentukan garis panduan atau kuasa-kuasa kepada semua badan dalam sesebuah kerajaan. Menjamin kestabilan politik dan keamanan negara. Menentukan bidang kuasa dalam system kerajaan persekutuan (Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan).

Pindaan Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda, iaitu sama ada dibuat penambahbaikan, atau dimansuhkan. Terdapat syarat untuk melakukan pindaan iaitu:
  1. Pindaan dibuat di Parlimen dengan mendapat sokongan dua per tiga daripada jumlah ahli Parlimen.
  2. Pindaan dibuat dengan sokongan terlebih dahulu Majlis Raja-Raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak sebelum sokongan dua pertiga ahli Parlimen.


Bahagian B Soalan Esei 1/4/2016 (Nazrin 2013659464)

Surah Al-Hujaratt

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Hujuraat 49:1) | 
A002
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
(Al-Hujuraat 49:2) | 
A003
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
(Al-Hujuraat 49:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A004
Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).
(Al-Hujuraat 49:4) | 
A005
Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A006
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat 49:6) | 
A007
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -
(Al-Hujuraat 49:7) | 
A008
(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Hujuraat 49:8) | 
A009
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
(Al-Hujuraat 49:9) | 
A010
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-Hujuraat 49:10) | 
A011
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
(Al-Hujuraat 49:11) | 
A012
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:12) | 
A013
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujuraat 49:13) | 
A014
Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Al-Hujuraat 49:14) | 
A015
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
(Al-Hujuraat 49:15) | 
A016
Katakanlah (kepada orang-orang "A'raab" itu wahai Muhammad): "Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ')? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(Al-Hujuraat 49:16) | 
A017
Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): "Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
(Al-Hujuraat 49:17) | 

A018
"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan".


Bahagian B

Soalan 1

Zaman empayar melaka merupakan era keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan melayu islam sehingga digelar “the venice of the east”.

Berdasarkan kenyataan diatas :

(a) Jelaskan dua proses asimilasi etnik dalam masyarakat melayu islam di Melaka
Proses asmiliasi berlaku dengan perkahwinan campur dan pengislaman sultan melaka. Jika dirujuk kepada surah al-hujaratt, islam menyuruh kita bersatu padu, hormat-menghormati antara kaum, tolenrasi,tidak diskriminasi terhadap golongan lain. berdasarkan ayat 2 – 4 (surah al-hujaratt)

(b)Bincangkan dua faktor utama menjadikan melaka sebagai kota metropolitan
Melaka menjadi kota metropolitan kerana kedudukan melaka yang strategik menjadikan nya sebagai sebuah pelabuhan entrepot. Kecekapan sultan dan pembesar melaka dalam mengurustadbir hal ehwal negeri dan menggalakkan pedagang-pedagang asing datang berdagang di melaka. Suasana aman dan keselamatan yang terjamin hasil daripada hubungan baik dan perlindungan dari negeri China. Keadilan.

(c) Huraikan dua elemen utama yang membuktikan kerajaan melayu melaka sebagai sebuah kerajaan islam.
Hukum kanun laut melaka mempunyai unsur-unsur islam. Pengislaman raja melaka dan memakai gelaran sultan dan nama islam. Pihak istana mengalakkan penyebaran agama islam dan institusi pondok. Istana, rumah ulama dan masjid dijadikan pusat penyebaran agama islam.

Soalan 2

Pada abad ke-15 tanah melayu adalah merupakan salah sebuah tempat yang paling utama dalam peta dunia.

Berdasarkan fakta di atas:

(a) Jelaskan dua sebab kenapakah berlakunya migrasi orang asing ke tanah melayu.
Pengembangan agama, kekayaan dan kemegahan (gospel, gold dan glory). Datang dengan niat untuk memasarkan barangan perdagangan mereka. Bertukar-tukar barang dagangan. Mendapatkan hasil bumi dan rempah ratus. Mewujudkan empayar penjajahan. Menyebarkan fahaman agama.

(b) Bincangkan tiga faktor utama melaka sebagai sebuah pusat pemerintahan yang terkemuka pada abad ke-15M.
Melaka mendapat perlindungan dari negara China. Melaka mempunyai armada laut yang kuat. Peranan bahasa melayu sebagai lingua franca yang mudah dipelajari dan difahami. Kedudukan strategik melaka yang terlindung dari angin monsun barat daya. Pemerintahan sultan dan pembesar yang adil dan cekap. Kewujudan pelabuhan bebas dan pelabuhan enterpot. Menjadi tumpuan persinggahan pelbagai pedagang dari serata dunia. Pelbagai hasil dagangan yang boleh diperolehi. Penerimaan islam oleh sultan melaka. Sultan dan pembesar berpegang teguh pada ajaran islam.

(c) Kemukakan tiga hujah tentang keunikan masyarakat plural malaysia hari ini.
Masyarakat plural atau masyarakt majmuk di malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu melayu cina dan india. Disamping itu terdapat juga pelbagai etnik lain seperti bumiputera sabah dan sarawak. Keunikan ialah semua kaum ini dapat hidup dalam suasana yang aman tolenrasi dan menghormati kebudayaan masing-masing. Masyarakat malaysia juga mempunyai pelbagai identiti makanan, pakaian, budaya dan adat resam. Walaupun mempunyai sekolah pelbagai aliran namun semua masyarakat malaysia mempunyai persefahaman yang sama dan boleh memahami antara satu sama lain. Parti politik yang mewakili setiap kaum juga boleh bergabung membentuk satu kerjasama erat. Pembahagian kuasa politik yang adil kepada semua kaum. 


Kesan Pluraliti 1/4/2016 (Nazrin 2013659464)

Kesan pluraliti dan pluralistik kepada orang melayu dari aspek politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan undang-undang.

Pengertian konsep
Pluralisme- kepelbagaian/ kemajmukan
Masyarakat pluralisme – merujuk kepada masyarakat majmuk/ kepelbagaian bangsa/kaum yang mendiami sesuatu wilayah/ negara mengamalkan kepelbagaian budaya dan tradisi

Pengenalan: keadaan masyarakat di tanah melayu
Latar belakang (sejarah awal malaysia –tiada bukti yang konkrit hanya berdasarkan bahan tinggalan prasejarah)
·         Masyarakat zaman batu awal(paleolitk)-penduduk terawal tm, pada tahun 35 000 sm
·         Masyarakat zaman mesolitik menduduki tm pada tahun 11 000 sm (dikenali sebagai hoabinh)
·         Masyarakat neolitik menduduki tm pada tahun 5 000 sm
Sejarah awal malaysia bermula dari zaman kerajaan melayu melaka-1400 sebagai pusat perdagangan yang berjaya,

Pluralisme dalam alam melayu sebelum kedatangan eropah
Sebagai wilayah pertemuan pelbagai tamadun / budaya utama dunia. Tiupan angin/ arus laut menghimpunkan manusia/ didorong oleh 3 matlamat – agama, kekayaan, kemegahan. Sebelum 1848 (sebelum penemuan bijih timah di larut perak) hampir seluruh penduduk tm adalah orang melayu

Perkembangan politik tanah melayu
Kerajaan awal terbentuk pada kurun ke-7 di kedah yang dikenali sebagai langkasuka
Kurun ke-9 kerajaan sri vijaya
Kurun ke-13 kerajaan temasek
Kurun ke-14 kerajaan melaka
1511 kerajaan melaka jatuh ke tangan portugis
446 tahun tm dijajah oleh barat dan jepun

Kemuncak pluraliti alam melayu –kesultanan melayu melaka
Proses penghijrahan berlaku secara semula jadi/ tiada paksaan
Pertemuan para pedagang seluruh dunia “the venice of the east (pelabuhan sibuk)
Pemerintah/ sultan berpandangan jauh/ diplomasi/ terbuka- pegawai istana pelbagai bangsa-melayu/india
Berlaku perkahwinan campur /akomodasi cina dan india dengan penduduk tempatan- masyarakat baba.
Struktur masyarakat pada zaman melaka (zaman tradisi) dipengaruhi agama hindu
Masyarakatnya maju (kegiatan perdagangan) terutamanya selepas islam dijadikan asas kehidupan
Masyarakat melayunya `berbangsa-bangsa’ (bukan berkasta) berdasarkan darah keturunan: keturunannya berbangsa juga
Mobiliti sosial ( vertikal / horizontal) boleh tapi jarang berlaku (beroleh kekayaan, menjadi pahlawan, perkahwinan)
Penggunaan bahasa, gelaran, adat
Saling membantu dalam semua aspek kehidupan

Sistem sosial zaman penjajahan
Kemasukan orang asing ke negeri melayu bermula sejak zaman tradisi lagi. Kedatangan bertambah rancak pada zaman penjajahan portugis, belanda tetapi bertambah-tambah pada zaman british – apabila pulau pinang dan singapura diduduki british . Era 1870-1939 kemasukan beramai-ramai kerana faktor `menolak’ dan `menarik’. Sebelum penjajahan – 90% penduduk semenanjung termasuk singapura didiami oleh orang melayu dan orang asli. Perniagaan dalam negara dan antarabangsa dikawal oleh kerajaan melayu dan peniaga-peniaga melayu. Lombong bijih timah dimiliki dan diusahakan oleh pembesar-pembesar melayu

Faktor menolak
·         Bencana alam seperti kemarau di india dan banjir di china
·         Penduduk ramai, kekurangan tanah untuk pertanian dan kebuluran
·         Kesempitan hidup / kemiskinan
·         Keadaan huru-hara di china

Faktor menarik

·         India - Galakan daripada penjajah inggeris untuk menjadi buruh di ladang kopi, tebu getah. Sistem kangany diperkenalkan untuk membawa buruh ke tanah melayu secara sistematik (1911-1931)
·         Cina - Pengaruh keluarga yang telah berpindah. Galakan daripada penjajah inggeris untuk mengusahakan lombong bijih timah, tanag yang luasa untuk diteroka dan undang-undang imigresen untuk melindungi buruh cina. Wujudnya kawasan bandar – beri peluang untuk berniaga

Kesan
Wujud masyarakat majmuk
awal abad ke-19: 90% bumiputera. 1991 – 45% bumiputera
Pemisahan kaum melalui petempatan
- cina : bandar (berniaga) dan kawasan lombong
- india: kawasan ladang getah
- melayu – luar bandar
Pemisahan kaum melalui kegiatan ekonomi
- wujud dual ekonomi: pertanian padi dan ikan terbiar sementara lombong dan ekonomi eksport digalakkan
- bumiputera tidak dilibatkan dalam ekonomi moden
Pemisahan melalui pendidikan
- melayu: sekolah agama, sekolah melayu (bacaan dan kemahiran asas dan rumi )
- cina dan india: kurikulum, buku dan guru dari negara asal dan melanjutkan pelajaran ke negara asal
- inggeris: berasaskan gereja dan agama kristian (katolik dan protestant)
- cara hidup ala inggeris
Pemisahan pembangunan
- tertumpu di kawasan bandar
- luar bandar diabaikan

Keadaan masyarakat di sabah/sarawak
Pekembangan di sabah
Orang murut dan kadazan penduduk awal datang dari tanah besar asia pada tahun 2000 sm.
Taburan penduduk sabah-ikut muka bumi
-penduduk pesisir (brunei, bajau dan suluk)
-penduduk lembah pantai (kadazan)
-penduduk pedalaman (murut)

Penduduk sarawak
(diperintah oleh pemerintahan brunei dan sulu)
Penduduk sarawak wujud 40 000 sm
Pelbagai kaum – melayu melanau, iban, bidayuh, kenyah, kelabit, kayan, penan.
Penduduk sarawak terbahagi kepada 2 bahagian:
Penduduk yang tinggal di kawasan persisiran
A-orang melayu, asal sumatera, islam , nelayan, petani, pedagang
-orang melanau, islam dan kristian, aktivi menanam sagu
B-penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman
-iban, bidayuh, kelabit, kayan dan penan

Masyarakat majmuk selepas merdeka & kesannya
Kesan sekularisme penjajah & pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka dari perspektif pendidikan. Pendidikan bermula sekitar tahun 1800, dipelopori oleh sekolah vernakular inggeris dan diikuti oleh tiga lagi aliran persekolahan di tanah melayu iaitu vernakular melayu, cina dan india. Wujudnya berbagai aliran ketika itu akibat daripada visi penajajah british sendiri yang cuba memisahkan perpaduan kaum hasil daripada sistem dasar pecah dan perintah mereka. Faktor lain ialah kerana tiada satu kurikulum yang seragam selain setiap kaum mahu mengekalkan identiti bangsa dan bahasa mereka.

Sekolah vernakular melayu
Sejarah pendidikan anak melayu bemula sekitar tahun 1821 apabila penang free school dibuka, diikuti di teluk belanga dan kampung gelam di singapura. Walaubagaimanapun, sekolah-sekolah itu terpaksa ditutup akibat kurang sambutan dari orang melayu dan masalah kekurangan guru-guru melayu.

Ciri-ciri sekolah vernakular melayu ialah :
·         menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar.
·         dibiayai oleh british
·         pengajian hanya di peringkat rendah.
·         dibina di kawasan luar bandar
·         persekitaran belajar yang daif
·         tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi.

Sekolah vernakular cina
Dasar terbuka dan tidak campur tangan british terhadap hal ehwal sosial pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina yang mana ianya mengekalkan kebudayaan, pelajaran serta identiti masyarakat cina. Kurikulum serta struktur pelajaran diambil terus dari negara china beserta dengan guru-guru yang juga didatangkan khas dari china. Isi kurikulumnya menegaskan kemahiran 3m iaitu membaca, mengira dan menulis serta melukis. Pada awal tahun 1920-an, pengaruh kuat sekolah cina telah menyedarkan british tentang bahaya penubuhan sekolah cina tanpa kawalan.
Oleh itu, british telah menubuhkan satu undang-undang pada tahun 1920-an iaitu enakmen pendaftaran sekolah diwujudkan bertujuan bagi mengelakkan sekolah itu terasing serta dapat mengawal aktiviti sekolah tersebut

Ciri-ciri sekolah vernakular cina :
·         Ditubuhkan oleh pihak persendirian dan parti politik.
·         Sukatan pelajaran, tenaga pengajar dibawa terus dari negara china.
·         Bertujuan untuk mengekalkan identiti kecinaan di tanah melayu.
·         Berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya dan peradaban cina di seluruh tanah melayu.

Sekolah vernakular tamil
Wujud pada tahun 1821 selepas penang free school dibubarkan. Ianya didirikan di ladang-ladang getah dan dikelolakan oleh masyarakat india sendiri kerana pihak kerajaan tidak memberi sebarang bantuan daripada segu kewangan, pedagogi dan kurikulum. Seperti sekokah vernakular lain, sekolah jenis tamil ini juga mengambil kurikulum serta kemahiran yang bersumberkan dari negara india. Kurikulumnya menegaskan pengetahuan asas dalam kemahiran seperti 3m, ilmu alam, kebersihan diri dan sebagainya. Pendidikan di sekolah tamil juga terhad pada di peringkat rendah dan sebahagian besar pelajarnya kekal di ladang-ladang dan bekerja sebagai buru kasar.

Ciri-ciri sekolah vernakular tamil :
·         Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai satu tanggungjawab sosial.
·         Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan dari india.
·         Guru uang mengajar juga dibawa masuk dari india.
·         Pengajian hanya di peringkat rendah sahaja.
·         Kurang mendapat sambutan kerana ibu bapa lebih suka anak mereka membantu mereka di ladang sahaja.

Vernakular inggeris
Mula diperkenalkan di tanah melayu sejajar dengan penubuhan penang free school. Kebanyakkan sekolah-sekolah jenis ini ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh kristian dan dibina di kawasan bandar-bandar dengan bantuan daripada inggeris. Kurikulumnya diambil bersumberkan daripada school of great britain bertujuan untuk melahirkan pegawai-pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan pentadbiran british. Pendidikannya mempunyai 2 tahap iaitu rendah dan menengah.
Bagi memenuhi keperluan guru-guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di kuala lumpur pada tahun 1905 dan pulau pinang pada tahun 1907. Kursus perguruan peringkat diploma pula ditawarkan di raffles college di singapura bagi memenuhi keperluan guru-guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di kuala lumpur pada tahun 1905 dan pulau pinang pada tahun 1907.
Kursus perguruan peringkat diploma pula ditawarkan di raffles college di singapura

Ciri-ciri sekolah vernakular inggeris:
·         Bahasa pengantar ialah bahasa inggeris.
·    Diambil alih oleh kerajaan british kerana keperluan tenaga pekerja rendah di sektor kerajaan dan swasta.
·         Didirikan di bandar-bandar serta murid berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Pendidikan yang tidak seragam menyebabkan perpaduan semakin sukar dicapai selain jurang antara kaum yang semakin ketara. Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa laporan pelajaran telah dikeluarkan bertujuan memberi cadangan untuk melahirkan sistem pendidikan kebangsaan tanah melayu supaya murid dapat belajar menerusi sistem pendidikan yang sama.

Laporan pelajaran
Antara laporan pelajaran tersebut ialah :
·         Laporan barnes 1951
·         Laporan fenn-wu 1951
·         Ordinan pelajaran 1952
·         Laporan razak 1956

Selepas merdeka
Pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka dari perspektif politik dan pembangunan ekonomi dalam konteks het di malaysia & luar negara
Politik- kerjasama antara etnik/semua bangsa bersatu menuntut kemerdekaan
-1974 parti perikatan (umno,mca, mic) permuafakatan politik
Perlembagaan- panduan asas kontrak sosial/ persetujuan antara kaum sebagai syarat br untuk memberi kemerdekaan kepada t. Melayu
Perkara penting-soal kerakyatan – orang melayu setuju terima kehadiran bukan melayu dan sebaliknya orang bukan melayu setuju peruntukan hak-hak istimewa orang melayu.

Pendidikan
Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman
Kurikulum
Sukatan mata pelajaran
Berorientasikan tempatan
Bertujuan memupuk perpaduan

Ekonomi
Kerajaan mengatasi masalah sosioekonomi dan sosiopolitik antaranya:
Rancangan ekonomi pramerdeka-racangan malaya pertama 1956-1960

Rancangan ekonomi selepas merdeka (rancangan malaya kedua – RMK 9), deb, dasar-dasar pembangunan negara.