
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Hujuraat 49:1) | 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
(Al-Hujuraat 49:2) | 
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
(Al-Hujuraat 49:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).
(Al-Hujuraat 49:4) | 
Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat 49:6) | 
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -
(Al-Hujuraat 49:7) | 
(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Hujuraat 49:8) | 
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
(Al-Hujuraat 49:9) | 
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-Hujuraat 49:10) | 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
(Al-Hujuraat 49:11) | 
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:12) | 
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujuraat 49:13) | 
Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Al-Hujuraat 49:14) | 
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
(Al-Hujuraat 49:15) | 
Katakanlah (kepada orang-orang "A'raab" itu wahai Muhammad): "Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ')? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(Al-Hujuraat 49:16) | 
Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): "Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
(Al-Hujuraat 49:17) | 
"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan".
Bahagian B
Soalan 1
Zaman empayar melaka merupakan era keemasan dan kemuncak
keagungan kerajaan melayu islam sehingga digelar “the venice of the east”.
Berdasarkan kenyataan diatas :
(a) Jelaskan dua proses asimilasi etnik dalam masyarakat
melayu islam di Melaka
Proses asmiliasi berlaku dengan perkahwinan campur dan
pengislaman sultan melaka. Jika dirujuk kepada surah al-hujaratt, islam
menyuruh kita bersatu padu, hormat-menghormati antara kaum, tolenrasi,tidak diskriminasi
terhadap golongan lain. berdasarkan ayat 2 – 4 (surah al-hujaratt)
(b)Bincangkan dua faktor utama menjadikan melaka sebagai
kota metropolitan
Melaka menjadi kota metropolitan kerana kedudukan melaka
yang strategik menjadikan nya sebagai sebuah pelabuhan entrepot. Kecekapan sultan
dan pembesar melaka dalam mengurustadbir hal ehwal negeri dan menggalakkan
pedagang-pedagang asing datang berdagang di melaka. Suasana aman dan
keselamatan yang terjamin hasil daripada hubungan baik dan perlindungan dari
negeri China. Keadilan.
(c) Huraikan dua elemen utama yang membuktikan kerajaan
melayu melaka sebagai sebuah kerajaan islam.
Hukum kanun laut melaka mempunyai unsur-unsur islam. Pengislaman
raja melaka dan memakai gelaran sultan dan nama islam. Pihak istana mengalakkan
penyebaran agama islam dan institusi pondok. Istana, rumah ulama dan masjid
dijadikan pusat penyebaran agama islam.
Soalan 2
Pada abad ke-15 tanah melayu adalah merupakan salah sebuah
tempat yang paling utama dalam peta dunia.
Berdasarkan fakta di atas:
(a) Jelaskan dua sebab kenapakah berlakunya migrasi orang
asing ke tanah melayu.
Pengembangan agama, kekayaan dan kemegahan (gospel, gold dan
glory). Datang dengan niat untuk memasarkan barangan perdagangan mereka. Bertukar-tukar
barang dagangan. Mendapatkan hasil bumi dan rempah ratus. Mewujudkan empayar
penjajahan. Menyebarkan fahaman agama.
(b) Bincangkan tiga faktor utama melaka sebagai sebuah pusat
pemerintahan yang terkemuka pada abad ke-15M.
Melaka mendapat perlindungan dari negara China. Melaka mempunyai
armada laut yang kuat. Peranan bahasa melayu sebagai lingua franca yang mudah
dipelajari dan difahami. Kedudukan strategik melaka yang terlindung dari angin
monsun barat daya. Pemerintahan sultan dan pembesar yang adil dan cekap. Kewujudan
pelabuhan bebas dan pelabuhan enterpot. Menjadi tumpuan persinggahan pelbagai
pedagang dari serata dunia. Pelbagai hasil dagangan yang boleh diperolehi. Penerimaan
islam oleh sultan melaka. Sultan dan pembesar berpegang teguh pada ajaran
islam.
(c) Kemukakan tiga hujah tentang keunikan masyarakat plural
malaysia hari ini.
Masyarakat plural atau masyarakt majmuk di malaysia terdiri
daripada tiga kaum utama iaitu melayu cina dan india. Disamping itu terdapat
juga pelbagai etnik lain seperti bumiputera sabah dan sarawak. Keunikan ialah
semua kaum ini dapat hidup dalam suasana yang aman tolenrasi dan menghormati
kebudayaan masing-masing. Masyarakat malaysia juga mempunyai pelbagai identiti
makanan, pakaian, budaya dan adat resam. Walaupun mempunyai sekolah pelbagai
aliran namun semua masyarakat malaysia mempunyai persefahaman yang sama dan
boleh memahami antara satu sama lain. Parti politik yang mewakili setiap kaum
juga boleh bergabung membentuk satu kerjasama erat. Pembahagian kuasa politik
yang adil kepada semua kaum.
No comments:
Post a Comment