Tuesday, 29 March 2016

Konsep Ummah

Isi Kandungan
1.0 Pendahuluan                                                                                                                     
2.0 Pernyataan Masalah                                                                                                          
3.0 Strategi Penilaian                                                                                                              
4.0 Maklum Balas Responden                                                                                                
5.0 Kejayaan dan Keberkesanan Projek dalam Kalangan Responden                                   
6.0 Cadangan Penambahbaikan
      6.1 Cadangan Penambaikan Projek                                                                                 
      6.2 Rangkuman Permasalahan Projek                                                                              
7.0 Penutup                                                                                                                            
Lampiran                                                                                                                                


 1.0 PENDAHULUAN
      Solat subuh berjemaah merupakan salah satu solat yang amat sukar untuk dilaksanakan oleh setiap pelajar mahupun golongan yang lain. Hal ini demikan kerana solat ini memerlukan pergorbanan yang tinggi dalam melawan hawa nafsu tidur dan syaitan yang sentiasa mengganggu ketika mengamalkan solat. Namun begitu, solat fardhu lain juga tidak boleh diambil ringan memandangkan ia juga merupakan tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh setiap muslim. Justeru itu, pengkaji lebih memilih solat subuh memandangkan ia amat sukar untuk dilaksanakan oleh setiap manusia. Solat subuh yang mampu memberikan kekuatan fizikal dan mental terhadap sesiapa yang melaksanakannya memandangkan ia merupakan solat fardhu utama selepas kita berehat pada malam hari. Di samping itu, Solat subuh berjemaah juga dapat melambangkan keperibadiaan seseorang dalam menjadi seorang yang beriman dan solat subuh juga mampu memberikan rahmat dari segi perlindungan dari allah swt. Keterangan ini juga lebih dijelaskan oleh sabda Nabi Muhammad iaitu:

عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من صلى الصبح فهو في ذمة الله رواه مسلم
.
Rasulullah SAW bersabda: ”Orang yang melakukan shalat shubuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. (HR Muslim)
      Bertitik tolak daripada perkara di atas pengkaji telah memutuskan untuk melakukan perubahan dari segi masalah solat subuh berjemaah dalam kalangan pelajar Uitm Puncak Alam. Tugasan kerja yang banyak dan juga tidur hingga lewat malam menjadikan alasan untuk melaksanakan solat subuh berjemaah. Oleh sebab itu, pengkaji melihatnya sebagai masalah yang perlu diselesaikan dan diubah corak pemikiran mereka memandangkan mereka merupakan golongan yang mampu menggoncang dunia. Kajian ini yang meliputi 10 orang responden dalam kalangan pelajar lelaki Uitm Puncak Alam. Kajian ini yang dijalankan pada waktu subuh di Surau Fspu dalam masa beberapa hari bagi memeberikan impak yang positif kepada responden dan juga pengkaji.


2.0 PERNYATAAN MASALAH
1) Kajian ini dijalankan bagi membantu dalam memastikan pelajar universiti dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab.
2) Kajian ini juga dilaksanakan bagi menabahkan ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar Universti mengenai kelebihan solat subuh berjemaah.
3) Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan amal dalam kalangan pelajar Universiti dan dapat menedekatkan diri kepada allah.

3.0 STRATEGI PENILAIAN
     
   Selama projek ini dijalankan terdapat 3 cara stratergi penilaian yang dijalankan. Strategi pertama ialah melakukan penelitian terhadap responden selama seminggu. Kedua menggunakan borang menunaikan solat subuh bagi mengkaji tahap kerjasama dan istiqamah responden dalam menjalankan solat subuh berjemaah. Ketiga melakukan rakaman video atau gambar sebagai bukti projek dilaksanakan.

a) Penilitian Selama Selama Seminggu
      Penilitian ini dijalankan kepada 10 orang responden yang terdiri daripada pelajar Uitm Kampus Puncak Alam. Penilitian ini dijalankan bagi membantu dari segi aspek peraturan atau disiplin yang perlu dilaksanakan oleh responden itu sendiri. Selain itu, responden dikehendaki mengikuti jadual yang ditetapkan bagi memastikan responden lebih berdisiplin.

b) Borang Soal Selidik
      Borang ini yang diedarkan kepada respon bagi memastikan mereka menilai tahap istiqamah mereka dalam melaksanakan projek ini. Sekali gus dapat memberikan manfaat kepada semua responden yang terlibat.

c) Rakaman Video
      Rakaman ini dijalankan bagi memastikan projek yang dilaksanakan berjalan dengan lancar. Rakaman yang berdurasi 4-5 minit dapat memaparkan aktiviti yang dilaksanakan terhadap responden. Hal ini secara tidak langsung dapat menjayakan projek ini.

4.0     MAKLUM BALAS RESPONDEN
      Berdasarkan projek yang tersebut, penilaian responden di jalankan melalui dua teknik iaitu borang kehadiran dan temubual bersama responden.  Kehadiran setiap peserta dicatat dari masa ke semasa sepanjang tempoh projek ini dijalankan iaitu selama 30 hari berturut-turut. Melalui borang kehadiran tersebut, tahap konsistensi peserta dapat dinilai melalui penglibatan mereka dalam projek tersebut. Berdasarkan borang kehadiran tersebut, dapat dilihat bahawa penglibatan peserta kian meningkat dari masa ke semasa sepanjang tempoh projek tersebut dijalankan. Walaupun, ada di antara peserta yang kurang memberi komitment pada awal penglibatan, namun perestasi tersebut semakin baik menjelang dua minggu terakhir projek tersebut.
      Hal ini dapat dilihat sebagai suatu perubahan yang meningkat dalam diri peserta tersebut. Selain itu, penambahan bilangan jemaah ketika solat subuh juga dapat dilihat kian bertambah. Ini merupakan suatu pencapaian yang membanggakan kerana setiap peserta diberi tanggungjawab untuk mengajak rakan-rakan lain supaya turut sama hadir berjemaah ketika waktu subuh.   Sepanjang perjalanan projek ini, para peserta memberi respond yang sangat positif. Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa semenjak mengikuti program ‘subuh worrior’ ini, mereka lebih konsisten dalam menunaikan fardhu subuh tepat pada masanya dan akan tersedar dengan sendiri setiap kali masuk waktu subuh. Ini adalah disebabkan para peserta telah membiasakan diri dengan bangun pagi pada setiap hari.

Gambar 1.0: Antara Peserta Yang Bergegas Ke Surau Kolej Zamrud Bagi Menunaikan Solat Fardhu Subuh Berjemaah.
      Selain daripada itu, peserta juga mengatakan bahawa mereka mendapat peluang untuk mengenali lebih ramai kawan-kawan baru dari pelbagai kursus yang berbeza sepanjang mengikuti program ini. Dengan ini, program ini dilihat bukan sahaja dapat mendidik peserta agar menjadi lebih tekun dalam beribadat, malah dapat membuka peluang mengenali lebih ramai kawan baru sekaligus dapat mengeratkan hubungan ukwah sesama ummah. Sepanjang tempoh perjalanan projek ‘subuh worrior’ ini secara keseluruhannya para peserta dilihat semakin bartambah baik dalam beribadah malah mereka juga berpeluang untuk mempelajari hal-hal lain dalam beribadat seperti berpeluang menjadi imam ketika waktu subuh. Hal ini dapat menambahkan lagi nilai-nilai kecintaan peserta terhadap amal ibadat seharian.
Gambar2.0: Responden Pulang dari Surau
      Oleh hal yang demikian, diharap semua para peserta dapat meneruskan istiqhomah di dalam menunaikan solat fardhu subuh secara berjemaah walaupun selepas tamat program ini secara sukarela. Sekiranya perkara itu berlaku, ini bermakna program ‘subuh worrior’ yang dijalankan benar memberi impak positif terhadap pembangunan mental dan interlektual ummah. Jelaslah bahawa program seumpama ini sangat baik bagi membina jati diri seorang pelajar dalam menangani masalah solat subuh berjemaah. Adalah amat perlu bagi setiap program seperti ini diperluaskan bagi menimbulkan kesedaran pelajar mahupun sekalian ummah tentang pentingnya komitmen dalam menunaikan solat fardhu subuh secara berjemaah. Lebih banyak pendedahan berkenaan program seperti ini dijalankan bagi menimbulkan kesedaran kepada pelajar dan sekalian umat islam mengenai cara mengatasi masalah bangun lewat dan terlajak subuh yang sering berlaku dalam kalangan pelajar asrama khususnya.
Gambar 3.0: Waktu Solat Subuh Dijalankan

 5.0 KEJAYAAN DAN KEBERKESANAN PROJEK DALAM KALANGAN RESPONDEN
      Pelaksanaan program kesedaran solat subur berjemaah adalah untuk memupuk semangat mementingkan dan memelihara ibadah di kalangan pelajar. Nama program ini adalah program “Subur Warrior”. Program ini telah dijalankan selama sebulan bermula 1 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016. Seramai 10 orang pelajar telah terlibat dalam program ini. Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelbagai jurusan dan 2 buah fakulti. Fakulti yang terlibat ialah fakulti senibina, perancangan dan ukur (FSPU) dan Fakulti senicipta dan senireka (FSSR). Jurusan yang terlibat pula merangkumi jurusan Sarjana muda perancangan bandar dan wilayah, dan sarjana muda seni grafik. Lokasi pelaksanaan program ini adalah bertempat di Surau Kolej Zamrud, Kompleks Alam Bina, UiTM Kampus Puncak Alam.
      Program ini dilaksanakan dengan matlamat mewujudkan dan membudayakan sikap turun solat berjemaah. Perkara ini adalah penting kerana nilai kasih sayang sesama muslim dan semangat kerjasama dapat dipupuk melalui solat subuh berjemaah. Dengan menjadikan solat subuh berjemaah sebagai satu budaya di Kolej penempatan pelajar seperti kolej zamrud, ianya secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama pelajar. Iannya juga menggalakkan pelajar mengenali antara satu sama lain dan saling bertegur sapa. Pemupukan budaya seperti ini adalah selari dengan semangat perpaduan yang ingin diterapkan dengan pembelajaran subjek CTU 555 Malaysia History.
      Sepanjang tempoh program ini berlangsung, pelajar yang terlibat telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan program ini terlaksana dengan jaya. Program ini telah berjaya mendidik 10 orang pelajar berkenaan tentang kepentingan solat subuh berjemaah dan memastikan mereka tetap konsisten dalam melaksanakan ibadah ini walaupun apabila program ini sudah berakhir kelak. Pelajar yang terlibat juga telah melihatkan peningkatan dan kekerapan untuk turun solat subuh berjemaah dengan usaha dan kerjasama rakan-rakan yang sama-sama terlibat dalam program ini.

      Setiap seorang pelajar telah diberikan tanggungjawab untuk saling mengajak rakan-rakan untuk turun solat subuh berjemaah. Setiap pelajar telah diberikan tugasan untuk bertugas mengejut rakan-rakan turun solat berjemaah mengikut jadual giliran yang telah ditetapkan. Kejayaan program ini juga dapat dilihat dengan terdapatnya penambahan bilangan pelajar yang ingin turut serta mengikuti program ini. Program ini juga dapat diukur kejayaannya dengan jumlah rakan-rakan baru yang dapat dikenali oleh peserta program.

      Peserta dilihat dapat mengenali rakan-rakan mereka dengan lebih rapat semasa interaksi solat subuh berjemaah. Secara keseluruhannya program ini adalah berjaya dan berkesan. Dari segi keberkesanan, program-program seperti ini dilihat amat berkesan dalam mendidik pelajar dan mahasiswa dalam mementingkan solat subuh berjemaah. Budaya hidup di universiti dan kekangan masa sering kali menjadikan pelajar lalai dan terlupa tentang kepentingan solat subuh berjemaah. Program kesedaran seperti ini dapat mengingatkan dan memupuk keinsafan di dalam hati di kalangan pelajar. Semangat ukwah dan perpaduan ummah juga dapat diterapkan secara tidak langsung dengan pelaksanaan program-program seperti ini.

      Keberkesanan program ini juga dapat diukur dengan jumlah bilangan kehadiran pelajar solat subuh berjemaah dalam satu tempoh masa. Program ini adalah berkesan kerana telah dapat menarik dan meningkatkan bilangan pelajar yang turun solat berjemaah. Jumlah bilangan kehadiran pelajar dapat disemak melalui borang kehadiran yang telah di rekodkan dari awal pelaksanaan program hingga akhir program. Masalah yang dihadapi sepanjang pelaksanaan program ini adalah hanya dari segi pembiayaan kos dan kewangan. Untuk penambahbaikan di masa hadapan adalah lebih baik jika program-program seperti ini mendapat peruntukan dana daripada pihak Universiti. Melalui peruntukan dana insentif-insentif tambahan seperti pemberian kupon makanan percuma, kupon wifi percuma, pemberian alat tulis dan lain-lain yang dapat dijadikan faktor pendorong untuk pelajar turun solat berjemaah.

 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK
6.1 Cadangan penambahbaikan projek

1) Menyediakan jam loceng bagi memudahkan responden bangun menunaikan waktu solat subuh.
      Perkara ini yang dapat membantu aspek dalam membantu para pelajar dalam bangun pada waktu pagi memandangkan pelajar agak sukar dalam bangun pada awal pagi terutama pada waktu subuh. Jam lonceng juga perlulah diset pada waktu sebelum waktu subuh agar responden dapat bangun awal dan bersiap sedia untuk ke surau.

2) Menggunakan sistem mengejutkan bagi menunaikan solat subuh secara bergilir-gilir.
      Rakan sebilik mempunyai peranan yang amat penting dalam membantu para pelajar dalam bangun pada awal pagi. Sistem membantu dalam mengejutkan para pelajar yang lain secara tidak lansung dapat membantu para pelajar yang lain dalam bangun awal pada waktu pagi memandangkan ia amat sukar untuk dilakukan.

3) Menawarkan hadiah yang lebih agar mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
      Penawaran hadiah ini bukan sahaja berbentuk fizikal tetapi adalah bebentuk ucapan dan nasihat agar dapat membantu para pelajar dalam menaikan semangat mereka. Hal ini secara tidak lansung dapat membantu para pelajar tersebut agar dapat beristiqamah dalam melaksanakan ibadah kepada allah taala. Oleh sebab itu, ia amat penting untuk ditekankan oleh setiap pelajar agar dapat menjayakan program ini.

6.2 Rangkuman permasalahan projek

i) Sesetengah responden tidak memberikan kerjasama seperti melambatkan waktu menunaikan solat subuh.
      Sesetengah pelajar tidak dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan program ini. Hal ini menyebabkan pengkaji sukar dalam menilai tahap pencapaian seseorang responden dalam masa seminggu. Oleh sebab itu, perkara ini diselesaikan dengan mengejut dan juga memohon bantuan daripada rakan yang lain dalam memberikan kerjasama kepada pengkaji.

ii) Responden sukar untuk bangun pada waktu yang ditetapkan.
      Waktu subuh yang bertukar waktu daripada semasa ke semasa menyebabkan sesetengah responden sukar untuk bangun pada waktu yang ditetapkan oleh pengkaji. Waktu ini ditetapakan oleh pengkaji dalam memastikan kejayaan projek ini. Oleh sebab itu, pengkaji mengambil tindakan dengan mengejut responden yang sukar untuk bangun pada waktu yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

iii) Kekurangan Jemaah di Surau
      Kekurangan Jemaah yang kurang di surau menyebabkan sukar dalam menjayakan program ini memandangkan ramai pelajar belum bangun dari tidur. Kurangnya Jemaah di surau menyebabkan sesetengah responden mengambil tidakan untuk solat di bilik berbanding di surau. Hal ini menyebabkan pengkaji sukar untuk menjayakan program ini. Oleh sebab itu, pengkaji cuba menjayakan projek ini dengan mengejutkan rakan-rakan yang lain selain daripada responden agar dapat membantu dalam menjayakan projek ini.

 7.0 PENUTUP
      Konklusinya, Solat subuh berjemaah merupakan solat yang amat penting untuk dilaksanakan oleh umat islam. Walaubagaimanapun, Solat-solat fardhu yang lain juga perlu diambil perhatian yang serius memandangkan ia juga merupakan kewajiban bagi setiap muslim. Solat subuh berjemaah yang mamu mengubah disiplin dalam kalangan pelajar kea rah lebih baik menjadikan ia sebagai satu wadah yang amat penting dalam mengukuhkan kekuatan rohani dalam kalangan umat islam yang ketandusan iman. Oleh sebab itu, usaha murni ini perlu dijalankan dengan lebih kerap memandangkan wadah berdakwah dalam kalangan muslim merupakan kewajipan kita sebagai umat islam.
      Keterampilan Rasulallah yang sering ke masjid sehinggalah ia wafat menjadikan baginda sebagai role model terbaik dalam kalangan setiap peringkat umur memandangkan baginda juga merupakan seorang manusia yang mempunyai nafsu dan kehendak. Jalan yang dibawakan oleh baginda mampu memberikan kita ketenangan memandangkan ia sebagai langkah untuk mencari keredhaan dari allah SWT. Secara total, Kajian dan dakwah ini harus dilakukan secara istiqamah bagi memastikan umat islamm mampu mendepani cabaran arus global yang kian menghayut kita semua ke lembah maksiat dan api neraka.










Tuesday, 22 March 2016

Projek

Refleksi Mingguan

Minggu pertama


Minggu pertama tak de pembelajaran, dan Ustazah pada minggu ni jugak minggu pertama xde apa sngt pon, just ustazah perkenalkn diri n cerita sedikit sbyk pasal subjek CTU555 nih..then kelas tamat...
- Caon

Minggu perkenalan yang menyentuh jiwa
- Ayen (Nazrin)

Minggu 1
Salam satu uitm..Keadaan yang berlaianan daripada Uitm Shah Alam membuatkan diriku masih berasa agak kekok untuk mengadaptasi suasana di sini. Keadaan yang berlainan membuatkan aku masih tercari-cari suasana yang sesuai untuk berlajar di Uitm...

Nakhoda Samudera-Zainul

Minggu........
- Arif

Minggu Kedua

Minggu kedua nih..dengan semangatnya bangun awal pagi..dan sepantas kilat sy persiapkan diri..turun bawah dan sepantas Usin Bolt sy pecut gerak ke kelas..tp elok-elok sampai..duduk kejap, dorg ckp kelas cancel..dgn penuh kehampaan sy mengheret kaki pulang ke bilik, lalu melemparkn diri ke atas katil dan sambung tido..
- Caon

Kelas Batal.......
Ayen (Nazrin)

Minggu......
Salam ceria, hari berganti hari, tidak kusangka sungguh cepat masa berlalu. Aura percutian masih hangat dirasai walaupun sudah 2 minggu berada di uitm ini. Namun kehangatan itu diselang selikan kehangatan  tugasan yang kian menjelma memandangkan sudah 2 minggu berlajar di sini. Hari ini aku bersemangat untuk berlajar subjek ctu 555 memandangkan aku pertama kali untuk memperlajari subjek ini. Kehadiranku pada hari ini dikecewakan disebabkan berlaku pertukaran pensyarah. keadaan itu membuatkan aku berasa kecewa pada hari tersebut...

Nakhoda Samudera-zainul

Minggu........
Arif

Minggu Ketiga

Untuk minggu ke tiga, mendapat pertukaran tenaga pengajar baharu iaitu Ustazah Mahfuzah yang akan mengajar kami sepanjang semester ini..jadi secara ringkasnya Ustazah hanya buat sesi suai kenal dan penerangan pemarkahan berkenaan subjek CTU555 yang terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :

1. Exam
2. Presentation
3. Projek Untuk Pembangunan Umat Rasullullah
4. Blog

Ustazah jugak meminta utk para pelajar membeli buku text bagi subjek CTU555 yang akan digunapakai sepanjang semester.
- Shahril Khairi


Minggu sesi perkenalan dan penerangan pemarkahan.
Ayen (Nazrin)

Minggu......
    Permulaan hari, aku terasa bersemangat untuk memasuki kelas ctu 555 dan terasa rindu dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa sepanjang cuti semester yang lepas. Menjadi kebiasaan diriku yang suka termenung dan hanya duduk di kerusi sambil memerhati gelagat rakan-rakan yang rancak berbual bercerita suka duka percutian mereka. Pada pagi itu, aku ditemani oleh kawanku naki dan ariff memandangkan mereka merupakan insan yang pertama tiba di kelas. Sapaan senyumanku sentiasa disambut mesra oleh mereka. 

  Jam menunjukkan pukul 8 pagi kedatangan seorang pensyarah yang  membuatkan kami tersenyap seketika. Keadaan itu membuatkan kami rasa ingin tahu siapakah pensyarah itu. Keadaan sunyi-sepi bertukar riang apabila pensyarah itu memperkenalkan dirinya. 

                                   " Nama ustazah ialah Mahfuzah Mohammed Zabidi..."

      Beliau yang merupakan pensyarahku yang akan mengajar sepanjang semester ini. Keadaan ini membuatkan diriku semangat untuk menelusuri ilmu ketamadunan bangsaku yang kian terhakis dek arus kemodenan yang menggila. Sepanjang hari tersebut aku diterangkan silibus yang diajar kepada diriku sepanjang semester ini. Semester ini aku diperkenalkan dengan tajuk baru bagi ctu 555 iaitu Sejarah Hubungan Etnik di Malaysia.

  
       Contoh Buku Hubungan Etnik
         Sumber: Google Image

 Keadaan ini membuatkan diriku semakin bersemangat apakah yang akan diperlajari. Aku yang meminati mata pelajaran sejarah sejak dahulu lagi membuatkan aku terus bersemangat untuk mendalami ilmu ini...

Nakhoda Samudera-Zainul

Minggu........
Arif

Minggu Keempat 

Hari jumaat merupakan hari utk perjumpaan dgn penyelia thesis bg student part 8 dan ke atas..so, lps berjumpa dgn penyelia thesis sy masok kelas CTU, lambat sejam kot x silap..nasib baik ustazah x marah..then sy duduk, n belajar cm biasa..ustazah mengajar tentang perpaduan..secara keseluruhannya penyampaian dapat diterima dgn jelas..so, in the end of the class, ada student bertanya pasal 'assabiah' (kesukuan) dlm kalangan pelajar AP221..sbnrnya, terkesan jugak di hati berkenaan soalan tu..sbb sy pon melalui situasi yg sama..dah dua sem dah..even, kawan2 seperjuangan pon dah graduate dah..so, satu ja abg nk pesan kt korg2 tu..Cewahhh..hehehe..

Walau apa pon terjadi, jgn sesekali patah semangat, teruskan berjalan, biarkan apa org nk kata, or biarkn mcm mna org nk layan kita, yg penting kita tahu apa kita buat, yg penting kita teruskan buat perkara yg betul, buat baik kpd semua..percayalah pada takdir, setiap yg berlaku ada hikmahnya cuma kadang antara kita sedar atau tak jaa..percayalah, once we get into a situation, insyaAllah Allah akn buka jalan utk kita..mohon dipermudahkan..i've faced it, even now..i'm still in the middle of my fight, still struggling to finish my study, just another one semester to go (sem dpn)..sy bukanlah student yg bijak, cemerlang..sy pon byk merapu jugak..tp, sy terima segala ketentuan dan cuba utk bangkit dari kesilapan..just layankn je..just anggap apa yg kita lalui ni seperi menaiki perahu..bengkang bengkok mcm mana sekali pon jalan yg kita lalui, cepat atau lambat, kita akan sampai jugak ke destinasi kita (make sure betol2 sampai laa)..kalau sy boleh, "korg semua jugak boleh  (^.^)

Okey, dah melalut nmpaknya..so secara keseluruhannya, hari ni belajar tentang Peringkat-peringkat Alam yang Manusia Akan Tempuhi dari sebelum ditiupkan roh hingga ke Alam Akhirat..





- Shahril Khairi

Minggu ini membincangkan tentang konsep ummah dan perspektifnya di Malaysia. Penghayatan surah Al-Hujurat.
Ayen (Nazrin)

Minggu 6
      Salam sejahtera, hari ini aku berlajar mengenai 5 alam. Mesti kita semua tertanya alam apa yang kita tempuhi sebelum kita sampai ke alam akhir. Urmm...Kekurangan ilmu membuatkan diriku semakin ingin tahu apakah alam yang dilalui oleh semua manusia dalam menempuhi ranjau kehidupan. Aku sentiasa terfikir apa yang dipelajari hari ini, banyak perkara yang aku tidak ketahui sepanjang aku mempelajari ilmu di dunia ini. Hari ini membuat aku tersedar bahawa diri kita ini adalah bersifat bersih dari segi roh. hanya diri kita yang mengotorinya dengan dosa yang kita lakukan tanpa sedar ataupun tidak...

Peta kehidupan yang kita perlu lalui
Sumber: Google Image


Nakhoda Samudera-Zainul

Minggu........
Arif

Minggu Kelima 

Untuk minggu kelima, semua diminta bawa Al-Quran bagi pembelajaran hari ini..pembelajaran hari ini banyak yang berlandaskan Surah Al-Hujurat..di dalam kelas hari ini antara pembelajaran yang dapat dipelajari adalah berkenaan 

1. Jenis-jenis manusia dimuka bumi
2. Mengenali Rasullullah



- Shahril Khairi

Minggu kelima dimulakan dengan penhayatan surah al-hujurat. pelajar-pelajar kelas CTU555 diminta oleh ustazah mahfuzah untuk membawa terjemahan al-quran. kenapa surah al-hujurah?  ini adalah kerana penghayatan surah ini dapat memberikan kita fokus apa yang boleh dan tidak boleh dibuat dalam masyarakat. ianya memberi fokus kepada nilai roh. "jika orang fasik datang dengan berita, selidik dahulu supaya kita tidak salah bertindak disebabkan kita tidak tahu dan seterusnya menyesal". kategori orang manusia seperti fasik, munafik, musyrik, dan kafir. orang fasik ialah orang yang berterusan melakukan dosa. orang munafik adalah orang yang menzahirkan kebaikan tetapi sebenarnya batil. orang musyrik ialah orang yang melakukan syirik. orang kafir pula ialah orang yang bukan beragama islam. 

Ustazah bercerita kepada kelas tentang satu kisah anak muda yang meminta izin kepada rasulullah S.A.W untuk berzina. ustazah seterusnya mengajar tentang cara untuk mengenali nabi muhammad S.A.W. pertama ialah dengan mengenali sirah (perjalanan hidupnya), kedua dengan mengenali shamail (sifat-sifat kesempurnaan nabi) dan yang terakhir ialah mengenali keistimewaan nabi.

ustazah juga turut mengajar plurariti dan kemajmukan di tanah melayu. sebelum islam telah ada kemajmukan di tanah melayu. Namun hindu dan buddha hanya datang ke tanah melayu dan memberi kesan kepada budaya dari aspek luaran sahaja.  ustazah turut memperkenalkan buku history fact and fiction hasil karangan professor al-attas.
Ayen (Nazrin)

Minggu......
      Salam Refleksi, Permulaan hari yang membuat aku terus mempasak niat supaya dapat menguatkan matlamat aku berada di universiti ini. Berbalik kepada perkembangan diriku berkaitan subjek ctu 555. Minggu ini aku banyak mempelajari berkaitan mengenali Nabi Muhammad. Aku baru tersedar bahawa untuk melakukan perubahan itu, kita perlu mengenali Nabi Muhammad untuk melakukan perubahan. Kebanyakan manusia yang berubah dengan cara yang salah menyebabkan mereka hanya melakukan perubahan itu separuh jalan. Nabi Muhammad yang merupakan utusan allah dan keyakinan yang tinggi terhadap baginda menyebabkan kita mudah untuk mengingati beliau. Oleh sebab itu, untuk melakukan perubahan itu, kita perlu mengenali sirah, keistimewaan dan sifat kesempurnaan Nabi Muhammad agar kita dapat mendekati Allah S.W.T...

  
Insan yang WAJIB kita ketahui..SAYANGILAH baginda...
Sumber: Google Image


Nakhoda Samudera-Zainul

Minggu........
Arif

Minggu Keenam

Minggu-6 ni, pembentangan group bermula..group pembentangan untuk minggu ini adalah group yang membentangkan Bab 2 & Bab 3..antara perkara yang dapat dipelajari semasa dalam kelas hari ini adalah :

Bab 2 : SEJARAH PLURALITI MASYARAKAT MELAYU

1.  Pluralistik - Membawa maksud kepelbagaian atau masyarakat yang bercampur-campur / berbilang kaum / majmuk. Selain itu, pluralistik yang berlaku selepas kedatangan British ke Tanah Melayu membawa maksud :
"kemajuan masyarakat selepas kehadiran penjajah secara paksaan melalui undang-undang dan sekatan-sekatan tertentu, bukan bersifat semula jadi"

2. Pluraliti - Membawa maksud masyarakat majmuk yang bersifat semula jadi seperti melalui aktiviti perdagangan, perniagaan dan pendakwahan bangsa asing ke Tanah Melayu sebelum penjajahan British.

3. Sekular - adalah ideologi, fahaman yang memisahkan sesuatu bangsa atau agama.





kelas hari ini juga bersambung dengan sedikit pembentangan daripada group 3 yang membentangkan bab 3 iaitu Perlembagaan namun tidak sempat menghabiskan pembentangan mereka dan diminta untuk menyambungny pada minggu hadapan...


- Shahril Khairi

Minggu keenam dimulakan dengan pembentangan dari kumpulan 2 dan 3. 


Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.

     Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.

Pluralistik : suatu tempat pada suatu masa secara terancang dan dipaksakan oleh orang- orang tertentu yang berkepentingan. Cth: era penjajahan British. 

Plurariti :  Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara semula jadi. Cth: Masyarakat Melaka. kepelbagaian seperti kepelbagaian pakaian,kepelbagaian budaya,kepelbagaian bahasa,kepelbagaian bangsa,kepelbagaian makanan,kepelbagaian agama dll kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat manusia.

Sekular : Sekular adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama.
Ayen (Nazrin)

Perlembagaan merupakan salah satu perkara yang amat penting dalam sesebuah negara terutama negara ini yang amat menitik berat aspek keseimbangan kaum dan juga dalam memastikan hak-hak kaum melayu itu dijaga. Selain itu pada hari ini juga saya mendapati bahawa berdasarkan perlembagaan yang dibentuk menunjukkan bahawa perlembagaan amat penting dalam menjaga hubungan antara kaum di malaysia memandangkan ia dibentuk atas pesetujuaan semua kaum yang meliputi kaum melayu, cina dan india. Oleh sebab itu, perlembagaan merupakan salah satu undang-undang yang amat penting dalam menjaga hubungan antara kaum di Malaysia...
- Zainol

Minggu........
Arif

Minggu Ketujuh 

Pada Minggu ke-7 ini, kelas bersambung dengan pembentangan group 3 yang tak sempat menghabiskan pembentangan mereka pada minggu lepas..antara yang dapat di pelajari dalam bab 3 ini adalah: 

Bab 3 - PERLEMBAGAAN

1. Perlembagaan - bukan undang-undang, tp ia adalah satu set alat untuk menggubal perundangan.

2. Akta - Digubal oleh kerajan pusat

3. Enacment - Digubal di peringkat negeri

4. Ordinan - hanya digunapakai di Sabah dan Sarawak.



- Caon

Minggu ketujuh bersambung dengan pembentangan kumpulan 3. 

perbincangan tentang negara bangsa dan demografi. Ustazah bercerita tentang kisah umar, abu zhar dan pemuda yang dijatuhkan hukuman qisas.
Ayen (Nazrin)

Sambungan daripada tajuk perlembagaan yang belum sampai ke penghujungnya. Kali ini pembelajaran menekankan isi kandungan yang terdapat dalam perlembagaan. Sementara itu, perbandingan dengan perlembagaan yang ada di madinah juga ditekakan bagi mengenal pasti persamaan dan juga perbezaan perlembagaan ini. Oleh sebab itu, ia amat penting dalam memastikan setiap tindakan dan keputusan itu perlu diberikan perhatian dengan serius dalam memastikan ia berjalan dengan lancar dan mendapat persetujuaan semua pihak...
- Zainol

Minggu........
- Arif

Minggu Kelapan 

Minggu.......
- Caon

Minggu kelapan
kelas dimulakan dengan perbincangan tentang ijma dan qiyas. 

Ijma’ menurut para ahli ushul fiqh adalah kesepakatan para mujtahid di kalangan ummat islam pada suatu masa setelah Rasulullah saw.

Qiyas ialah menetapkan hukum suatu kejadian atau peristiwa yang tidak ada dasar nas nya dengan cara membandingkannya kepada suatu kejadian atau peristiwa yang lain yang telah ditetapkan hukumnya berdasarkan nas kerana ada persamaan 'illat antara kedua kejadian atau peristiwa itu

pelajar diberi penerangan tentang siapa yang kenal Allah akan kenal dirinya sendiri. Ustazah menerangkan konsep sekular yang membawa kepada materialism, liberalism, kapitalisme.

Sekular > Materialisme > Liberalisme > Kapitalisme.

Kelas dalam minggu kelapan turut membincangkan tentang integrasi dan survival melayu.
Ayen (Nazrin)

Minggu......
- Zainol

Minggu........
- Arif

Minggu Kesembilan

Minggu.......
- Caon

Minggu kesembilan

Kelas pada minggu kesembilan dimulakan dengan perbincangan ekonomi. perbincangan juga turut merangkumi survival melayu dari segi aspek ekonomi, sosial, dan keagamaan. Ustazah turut memberikan tugasan kepada pelajar untuk membincangkan cadangan penyelesaian isu survival melayu dan integrasi.
Ayen (Nazrin)

Minggu......
- Zainol

Minggu........
- Arif

Minggu Kesepuluh

Minggu.......
- Caon

Minggu kesepuluh 
Kelas pada minggu kesepuluh dimulakan dengan sambungan perbincangan ekonomi. perbincangan juga turut merangkumi survival melayu dari segi aspek ekonomi, sosial, dan keagamaan. 
Ayen (Nazrin)

Minggu......
- Zainol

Minggu........
- Arif

Minggu Kesebelas

Minggu.......
- Caon

Minggu kesebelas 
Kelas pada minggu kesebelas dimulakan dengan sambungan perbincangan ekonomi. perbincangan juga turut merangkumi survival melayu dari segi aspek ekonomi, sosial, dan keagamaan. pada minggu kesebelas, kumpulan yang membentangkan tajuk 7 telah memberikan pembentangan mereka. ianya merangkumi strategi survival melayu dan bumiputera.
Ayen (Nazrin)

Minggu......
- Zainol

Minggu........
- Arif

Minggu Keduabelas

Minggu.......
- Caon

Minggu kedua belas

Minggu kedua belas dimulakan dengan perbincangan tentang dasar-dasar kerajaan yang merapatkan jurang sosial dan ekonomi antara kaum. 
Ayen (Nazrin)

Minggu pembentangan bagi tajuk Dasar-dasar yang dibawakan oleh kerajaan. Secara keseluruhan, banyak pengetahuan yang boleh saya dapati terutama dari segi langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam melindungi hak bumiputera dan juga tindakan oleh kerajaan dalam memastikan ia bergerak secara mampan tanpa ada sebarang masalah yang timbul. Selain itu, saya juga dapat menilai tindak tanduk yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membela kaum melayu dalam aspek ekonomi memandangkan ia merupakan agenda utam yang perlu diselesaikann oleh pihak kerajaan...
- Zainol

Minggu........
- Arif

Minggu Ketigabelas

Minggu.......
- Caon

Minggu ke tiga belas
Kelas batal.....
Ayen (Nazrin)

kelas dibatalkan oleh sebab-sebab tertentu...
- Zainol

Minggu........
- Arif

Minggu Keempatbelas

Minggu.......
- Caon

Minggu keempat belas

Kelas pada minggu keempatbelas dimulakan dengan perbincangan tentang penyelesaian isu survival melayu. ianya membincangkan tentang penguasaan ilmu pengetahuan, sifat menabung, perubahan mentaliti, keberanian untuk menceburi bidang perniagaan. masyarakat melayu juga dilihat harus mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan kerajaan. kebijaksanaan dalam pemilihan pemimpin dan pentadbiran kerajaan juga adalah amat penting.
Ayen (Nazrin)

Minggu......
- Zainol

Minggu........
- Arif