Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang
Negara Islam yang termaktub dalam Piagam Madinah .
Usaha-usaha yang dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW
- Menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai asas penyatuan dan perpaduan masyarakat Madinah . Baginda menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai pegangan dan panduan mentadbir negara.
- Keadilan adalah dasar segala bentuk tindakan.
- Dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira agama dan bangsa. Hal ini memudahkan pembentukan masyarakat Madinah.
Menyatukan dan mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj
- Kedua-dua kaum ini sudah lama bermusuhan hingga berlaku peperangan yang panjang seperti Perang Bu’ath.
- Baginda menyatukan Aus dan Khazraj menjadi Ansar .Persaudaraan Islam menggantikan semangat asabiyah.
- Menjadi titik tolak pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan bekerjasama.3) Penggubalan Piagam Madinah
- Piagam Madinah digubal sebaik baginda sampai di Madinah
- Ini dapat memperkukuh kedudukan pelbagai kaum kerana undang-undang menjadi asas dan teras pemerintahan dan pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu.
- Golongan Yahudi dan Nasrani menerima status mereka sebagai dhimmi dan patuh kepada Piagam Madinah
- Membuka jalan kepada pembentukan masayarakat Madinah pelbagai kaum di bawah pemerintahan kerajaan Islam4) Penyingkiran kaum Yahudi di Madinah
- Baginda telah menyingkirkan kaum Yahudi dari bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah berdasarkan perundangan yang adil kerana melanggar Piagam Madinah.
- Langkah baginda berjaya memperkukuh kedudukan Islam di Madinah.Masyarakat Madinah akhirnya terdiri daripada umat Islam sahaja.5) Mengawal dan membendung kegiatan kaum Munafik
- Pembentukan masyarakat Madinah sedikit rumit kerana kaum munafik berpura-pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecahbelahkan dan menghancurkan masyarakat Islam. Baginda menasihati para sahabat agar berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik. Langkah baginda berjaya sehingga tidak wujud permusuhan.Kematian ketuanya , Abdullah bin Ubay melenyapkan cita-cita kaum munafik.
Pembinaan masjid
- Fungsi masjid ialah tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan,tempat beribadat ,pusat pentadbiran, pusat pengajian dan berurusniaga .Masjid yang terawal yang dibina ialah Masjid Nabawi. Pembinaan masjid telah melipatgandakan usaha-usaha dakwah
5 Alam
Alam Roh
Roh adalah unsur non-materi yang ada dalam jasad yang
diciptakan Tuhan sebagai penyebab adanya kehidupan. Menurut agama Islam, manusia merupakan makhluk terakhir yang
diciptakan Allah Ta'ala, setelah diciptakan-Nya makhluk lain seperti malaikat,
jin, alam semesta, hewan (binatang), tumbuhan dan lainnya. Allah menciptakan
manusia dengan dipersiapkan untuk menjadi makhluk yang paling sempurna. Karena,
manusia diciptakan untuk menjadi khalifah (pemimpin) di muka bumi dan
memakmurkannya.
Pada persiapan pertama, Allah mengambil perjanjian dan
kesaksian dari calon manusia, yaitu ruh-ruh manusia yang berada di alam arwah.
Allah mengambil sumpah kepada mereka sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur’an di
dalam surah Al A'raf, yang berbunyi
“ ...dan
(ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi
mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (seraya berfirman):
“Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul, (Engkau Tuhan kami), kami
menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak
mengatakan: “Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah
terhadap ini (keesaan Tuhan).” (Al A’raf: 172) ”
Dengan kesaksian dan perjanjian ini maka seluruh manusia
lahir ke dunia dianggap sudah memiliki nilai, yaitu nilai fitrah beriman kepada
Allah dan ajaran yang lurus.
Alam Dunia
Manusia dalam perjalanan menuju ke akhirat. Orang yang
singgah di suatu tempat mencari bekalan untuk meneruskan perjalanan menuju ke
akhirat. Dunia hanyalah tempat persinggahan untuk menuju ke alam akhirat.
Cara Pengurusan Masa Yang Dituntut Dalam Hadis :
- Menyegerakan sesuatu urusan.
- Mengisi masa dengan aktiviti berfaedah.
- Mengisi kehidupan dengan bekalan untuk ke akhirat.
- Amalan Yang Perlu Untuk Bekalan Ke Akhirat :
- Melazimi ibadat sunat.
- Melaksana ibdat wajib.
- Bentuk Nasihat Yang Boleh Dijadikan Amalan Untuk Hidup Bahagia Di Dunia &Di Akhirat :
- Tidak melengah-lengahkan sesuatu kerja.
- Gunakan peluang yang ada untuk beramal semasa sihat sebelum sakit.
- Menggunakan peluang untuk beramal semasa hidup sebagai persediaan mati.
Manusia hidup di dunia seperti seorang perantau yang hanya
singgah sementara di satu destinasi sebelum ke destinasi seterusnya. Manusia
diberi nikmat masa dan kesihatan oleh Allah S.W.T. untuk mereka melakukan
amalan kebajikan semasa hidup di dunia. Semua makhluk yang bernyawa pasti akan
menemui ajal pada suatu hari nanti dan akan menuju alam akhirat yang kekal
abadi. Rasulullah S.A.W. juga berpesan supaya membuat persediaan untuk hari akhirat. Antara
pesanan Rasulullah S.A.W. yang lain ialah :
- Menggunakan peluang untuk beramal ketika sihat.
- Merancang dan menguruskan masa dengan bijak.
- Jangan membazir masa.
- Tidak melengahkan kerja.
- Banyakkan ibadat sebagai bekalan sebelum mati.
- Berpegang kepada Al-Quran Dan Al-Hadis.
Alam Kubur
Alam kubur ataub arzakh ialah alam kubur yang membatasi antara dunia dan
akhirat. Barzakh menjadi tempat persinggahan sementara jasad makhluk sampai
dibangkitkannya pada Hari Kiamat. Penghuni barzakh berada di tepi dunia (masa
lalu) dan akhirat (masa depan). Menurut syariat Islam di alam Barzakh ini, sang
mayat akan bertemu dengan para Malaikat Munkar dan Nakir. Azab Kubur adalah satu konsep Islam bagi tempoh selepas
kematian tetapi sebelum Hari Kiamat, apabila roh-roh yang tidak bersaksi dengan
kesaksian yang benar akan dihukum dan diseksa dalam kubur. Dalam sistem
kepercayaan Islam, selepas mati roh seseorang melalui suatu peringkat digelar
barzakh, di mana ia wujud dalam kubur (walaupun jika mayat orang itu telah
dimusnahkan, rohnya akan rehat di bumi berhampiran tempat kematian mereka). Apabila pengebumian tamat dan orang terakhir di upacara itu telah melangkah 70
langkah dari kubur, Malaikat Munkar dan Nakir akan menegakkan mayat dalam kubur
dan menanyakan tiga soalan: "Siapakah Tuhanmu? Siapakah nabimu? Apa
agamamu?". Seseorang yang soleh akan menjawab secara betul, mengatakan
bahawa Tuhan mereka ialah Allah, bahawa Muhammad adalah Nabi mereka dan agama
mereka adalah Islam. Jika si mati menjawab soalan secara betul, masa menantikan
kebangkitan semula adalah menyeronokkan. Mereka yang tidak menjawab seperti
yang telah disebutkan akan menderita Azab Kubur hingga hari pengadilan.
Alam Akhirat
Hari Akhirat merupakan hari di mana manusia akan diadili dan
diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup.
Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari kiamat. Kepercayaan
kepada hari akhirat adalah merupakan kepercayaan asas kepada agama yang berasal
dari Nabi Ibrahim a.s. atau agama Samawi, iaitu agama Yahudi, Kristian dan
Islam. Percayakan Hari Akhirat juga merupakan salah satu dari Rukun iman bagi
penganut agama Islam.
Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“ Dari Abu
Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak di hari kiamat Allah
Tabaraka wa Taala akan menggenggam bumi dan menggulung langit dengan tangan
kanan-Nya. Kemudian Dia berfirman: Akulah Raja! (Penguasa) Manakah dia
raja-raja di bumi? ”
- Hadis riwayat Imam Muslim.
No comments:
Post a Comment